Sukan Hari Ini

‘Reds kena lebih tenang’

CHRISTIAN Benteke muncul penyelamat Liverpool apabila menjaringkan gol penyamaan ketika membantu The Reds mengikat Chelsea 1-1 di di Anfield, awal pagi semalam.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang kecewa dengan keputusan itu berpendapat sikap tidak sabar pemain Reds punca utama pasukannya gagal mengutip tiga mata,

Klopp berkata, pasukannya perlu mempelajari cara untuk kekal tenang apabila perancangan tidak berjalan seperti diingini.

“Pada 15 minit pertama kami bagus, bermain bola sepak yang cantik, tanpa menjaringkan gol, tapi selepas itu pemain mula gopoh dan tidak sabar setiap kali melakukan percubaan.

“Tanpa kesabaran, kami hilang formasi. Kami melalui beberapa situasi yang mana kami sepatutnya membuat hantaran berbanding membuat percubaan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");