Sukan Hari Ini

Rio aku datang…

Kuala Lumpur: Bintang remaja Goh Jin Wei berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Rio sekiranya Tee Jing Yi tidak dapat beraksi di Olimpik Rio pada Ogos ini.

Peluang pemain perseorangan utama negara Jing Yi untuk beraksi di temasya terbesar dunia itu agak samar susulan kecederaan buku lali kanan dialaminya ketika final Sirkit Kebangsaan Pertama di Stadium Juara, Bukit Kiara, Sabtu lalu.

“Dia mengalami kecederaan dan tidak dapat menghabiskan aksi final ketika menentang Jin Wei yang muncul juara.

“Namun kami masih belum membuat sebarang keputusan. Saya masih belum mengetahui tahap kecederaannya,” kata Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid (gambar).

Namun, beliau yang juga Chef de Mission ke Olimpik Rio, menegaskan tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan kerana perlu meneliti tahap kecederaan Jing Yi.

“Kami tidak boleh buat keputusan sekarang kerana perlu tunggu serta pantau tahap kecederaan Jing Yi. Selepas itu, baru keputusan muktamad dibuat,” katanya.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pemilihan MOM.

Jin Wei yang berusia 16 tahun berada di ranking ke-59 dunia manakala Jing Yi, 29.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");