Berita Hari Ini

RM1 bilion atasi kesesakan di KL

KUALA LUMPUR – Kira-kira RM1 bilion diperuntukkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pelaksanaan beberapa projek pembinaan dan naik taraf jalan melibatkan laluan utama bagi mengurangkan kesesakan trafik di ibu negara.

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd berkata, ia meliputi kerja-kerja pelebaran jalan, pembinaan jejambat, serta pembinaan terowong.

Menurutnya, antara kawasan terlibat adalah Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, Jelatik, Jalan Duta dan Jalan Sultan Yahya Petra (Semarak).

“Pembinaan terowong Jalan Duta menghubungkan Jalan Sultan Abdul Halim (Mahameru) sedang giat dilaksanakan dan akan siap dalam tahun ini dan diharapkan dapat melancarkan aliran trafik di situ.

“Begitu juga dengan projek pelebaran Jalan Semarak yang menghubungkan dari Jalan Tun Razak untuk ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) yang kini sedang dilaksanakan.

“Pada masa sama, DBKL juga menambah baik persimpangan Jalan Jelatek-Jalan Ampang,” katanya.

Beliau berkata, dua penambahan projek baharu iaitu di Wangsa Maju dan Jalan Tun Razak membabitkan pembinaan terowong dan kini masih dalam peringkat awal proses pelaksanaan.

Katanya, pembinaan terowong di Wangsa Maju akan menghubungkan Jalan Jelatek ke Wangsa Walk dan kenderaan tidak perlu melalui Jalan Mohd Yatim Yahya.

“Di Jalan Tun Razak, pembinaan terowong melibatkan trafik dari projek Tun Razak Exchange (TRX), Jalan Langgak Golf hingga ke Bulatan Kampung Pandan, namun masih dalam peringkat reka bentuk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, projek penyuraian trafik di Jalan Pahang juga sedang dilaksanakan menerusi projek Duke 2 yang menghubungkan Jalan Tun Razak (Padang Bola Sepak Hospital Kuala Lumpur) terus ke Duke.

“Pembinaan sedang rancak dijalankan dan pelaksanaan ini, mampu kurangkan kesesakan di Bulatan Pahang,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");