Categories: Isu Panas

Rosey Yunus akan kekal menteri muda kalau menang

MIRI – Rosey Yunus, Menteri Muda bagi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, akan dikekalkan sebagai menteri muda jika menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, 7 Mei ini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau mahu wakil Kedayan berada dalam Kabinetnya.

“Saya tidak mahu bentuk Kabinet tanpa ada orang Kedayan, jika Rosey menang saya mahu melantik beliau jadi menteri muda saya,” katanya pada pada majlis Makan Tahun Perdana 2016 bersama kira-kira 500 masyarakat Kedayan di Kampung Bungai, Sibuti kira-kira 52 km dari sini hari ini.

Turut hadir Rosey dan calon BN Dun Lambir, Ripin Lamat, dan Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Rosey, 60, yang merupakan calon langsung BN dan penyandang kerusi Dun Bekenu sejak PRN 2006 adalah anak kelahiran Sibuti.

Pada PRN kali ini, beliau dicabar oleh calon PKR, Bill Kayong dan dua calon Bebas, Austin Sigi Melu dan Jou@Peter Jelin.

Ripin yang juga penyandang kerusi Lambir pula dicabar oleh calon Pas Mohammad Arifiriazul Paijo dan calon PKR Mohdar Ismail.

Adenan pada majlis itu turut mengingatkan pengundi kaum Kedayan supaya tidak terpedaya dengan ‘bulak’ (tipu) calon Bebas yang memancing undi dengan menggunakan nama BN.

Beliau turut menafikan dakwaan calon-calon bebas di Dun Bekenu dan Lambir kononnya mereka akan diterima masuk ke dalam BN jika menang pada PRN kali ini.

“Tiada istilah SPDP Bebas, yang ada cuma SPDP BN. Jangan kena ‘bulak’ sama dia orang (mereka),” katanya.

Adenan berkata hanya beliau sahaja sebagai pemimpin BN Sarawak yang boleh membuat keputusan untuk menentukan siapa yang layak menyertai BN.

“Siapa ‘kepala’ BN? Denan (Adenan) la kepala BN. Dengar cakap Denan, mereka itu bulak, tak layak masuk BN,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Share

Recent Posts

Penduduk Sungai Lui Bimbang Cara Sara Hidup Selepas 2 Minggu PKPD

PETALING JAYA: Kebimbangan utama penduduk di 7 kampung Sungai Lui di Hulu Langat bukannya makanan,…

22 mins ago

Tahap Pematuhan PKP Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

KAMPAR - Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kampar berada pada tahap 99…

1 hour ago

Tentera Nafi Pukul Orang Awam

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan ada anggota mereka memukul dan mencederakan oleh…

2 hours ago

26-30 Dan 56-60 Dua Golongan Umur Paling Tinggi Kes Positif COVID-19

PUTRAJAYA: Statistik menunjukkan dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 adalah dalam lingkungan…

3 hours ago

Peluang perokok berhenti merokok – KP Kesihatan

“BAGI perokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. “Bukan perokok boleh ‘speak out’ kepada ahli…

14 hours ago

Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie?

Masih hangat diperkatakan mengenai isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni, bagaimanapun hari…

15 hours ago