Berita Hari Ini

RUU Persendirian: Komponen BN Jangan Salah Faham – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak salah faham mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan di Parlimen.

Perdana Menteri berkata, peruntukan yang akan dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bukan pindaan undang-undang hudud.

“Kita sudah beritahu rakan-rakan dalam Barisan Nasional, ada salah faham besar bila Datuk Seri Hadi Awang bawakan RUU Persendirian itu mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud.

“Label dan kaitan itu terlalu rapat dengan soal hudud, bila dia (Abdul Hadi) bangkit tu kira automatik hudud. Saya nak terangkan bahawa pindaan tersebut tidak merupakan undang-undang hudud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");