Panasnya Hari Ini

RUU: Ramai Lagi Pemimpin MCA Sedia Letak Jawatan

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan bahawa lebih ramai pemimpin MCA termasuk dirinya bersedia untuk mengundur diri daripada jawatan dalam kerajaan jika Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan PAS diluluskan.

“Sebagai anggota Kabinet dan pemimpin MCA, kami berpegang kepada tanggungjawab dalam usaha menegakkan prinsip kesederhanaan di Malaysia. Kami mempunyai tugas dan kewajipan untuk menyatakan bantahan terhadap RUU itu.

“Oleh itu, kami akan melepaskan jawatan menteri sekiranya RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat,” kata memetik sumber Mstar Online.

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu antara pemimpin pertama yang menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya RUU itu diluluskan di Parlimen.

Malah kedua-dua Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun juga menegaskan bahawa mereka akan mengikut jejak langkah Liow dalam apa jua keputusan yang dibuat.

“Kami bersama-sama dengan presiden. Apa sahaja keputusan yang dibuat, kami akan menyokong beliau. Bukan beliau sahaja yang akan meletak jawatan tapi kami pun akan melakukannya,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan pemimpin parti akan selari dan konsisten dengan presiden.

“Kami akan mengikut jejak langkah beliau,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");