Panasnya Hari Ini

“Saya Anak jantan Tun Mahathir Akan Berdepan Dengan Dia”- Mukhriz

KUALA LUMPUR:Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz untuk berhadapan dengannya terlebih dahulu apabila dilihat begitu lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya sebagai anak jantan Tun Mahathir akan berdepan dengan dia (Nazri). Kalau nak bertumbuk, jumpa kita dulu, bukan senang-senang,” katanya dipetik daripada ismaweb.net.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan menteri pelancongan dan kebudayaan yang sedia bertumbuk dengan bekas perdana menteri itu.

“Agaknya dah hilang akal dah hilang pertimbangan, orang tak waras dikatakan, tapi berpangkat menteri.. beginilah menteri-menteri kita sekarang,” katanya ketika berucap pada program Selamatkan Malaysia di Felda LBJ, malam tadi.

Nazri dilaporkan berkata demikian dalam satu kenyataan baru-baru ini ketika diminta mengulas keputusan kerajaan untuk menarik semula perkhidmatan polis pengiring untuk Mahathir.

Sementara itu, Mukhriz turut melahirkan kebimbangannya mengenai golongan muda yang seakan menjauhi UMNO.

“Golongan muda sekarang ini enggan lagi mendengar nama UMNO, bukan disebabkan pemimpin atasannya saja, tetapi secara keseluruhannya mereka mengaitkan masalah dalaman negara sekarang ini secara langsung kerana UMNO.

“Yang banyak dipersalahkan mengenai banyak masalah dihadapi rakyat ketika ini dikatakan disebabkan UMNO. Ini menjadi masalah kepada parti UMNO.

“Sebagai parti politik kita tidak boleh hidup tanpa sokongan daripada rakyat. Tidak boleh sesuatu parti politik itu terus wujud kalau tidak ada sokongan rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara yang penting ialah memastikan rakyat menerima perjuangan UMNO, kemudian diterjemahkan sokongan itu dalam bentuk undi pada pilihan raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");