Isu Panas

Sertai PRK, Pas ubah tarikh muktamar

SHAH ALAM – Pas hari ini mengumumkan perubahan tarikh Muktamar Pas ke-62 yang bakal berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada Jun depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, muktamar yang sepatutnya berlangsung dari 1 hingga 4 Jun dipendekkan sehingga 3 Jun sahaja.

Jelas Takiyuddin lagi, perubahan tarikh disebabkan penyertaan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan bermula pada 5 Jun akan datang.

“Pas Pusat ada membuat sedikit perubahan tarikh Muktamar Tahunan Pas. Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dijalankan seperti asal iaitu pada 31 Mei dan 1 Jun.

“Manakala perasmian Muktamar akan dibuat pada 2 Jun dan berakhir pada 3 Jun,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan itu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");