Sukan Hari Ini

Shaaban impi tubuh akademi golf remaja

Kuala Lumpur: Selepas dua bulan terbabit dalam kemalangan sehingga kaki kirinya terpaksa dipotong, pemain golf negara Shaaban Hussin (gambar) masih bersemangat dan bersedia kembali ke arena sukan itu dengan mewujudkan akademi golf remaja.

Shaaban yang pertama kali bertemu media selepas kemalangan pada 31 Mac itu, berkata beliau merancang mewujudkan akademi berkenaan bagi membantu pemain muda yang berminat belajar secara mendalam mengenai golf.

“Perancangan saya adalah untuk cuba bermain selepas ini. Hidup mati saya cuma dengan golf. Impian saya, wujudkan akademi untuk mengajar remaja mengenal golf secara mendalam.

“Bagi saya, nak main golf sudah tidak mahal sekarang. Peralatan golf sudah ada yang murah, untuk guna padang golf pun sudah tidak perlu jadi ahli kelab,” katanya yang kelihatan positif dan bersemangat.

Shaaban, 36, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi selepas terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie.

Akibat kemalangan itu, juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 cedera di tangan kiri, manakala kaki kirinya yang cedera teruk tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

Beliau berkata tangan kirinya masih belum stabil dan terpaksa dimasukkan wayar untuk ‘memegang’ tulangnya daripada terkesan apabila bergerak. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");