Panasnya Hari Ini

Sikap Menteri Kewangan Membimbangkan

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Sikap Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan kelulusan projek-projek di Sarawak sempena pilihanraya negeri itu ternyata membimbangkan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Najib itu membuatkan rakyat tertanya-tanya apakah nasib negara jika Menteri Kewangan terus bersikap demikian.

“Memberi kelulusan memang mudah, seolah-olah tak perlu fikir panjang. Apakah penelitian sudah dibuat? Apakah semakan bajet telah dilakukan.

“Jika betul kewangan kerajaan begitu sihat, mengapa kerajaan perlu bersusah payah nak berjimat seperti penjimatan RM240 juta dengan menganiaya pelajar cemerlang yang terbatal biasiswanya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Setiap kali ada pilihanraya, banyak projek yang diluluskan serta-merta tanpa melihat bajet dan kesannya. Dan setiap kali juga, ada yang tertipu dengan taktik sebegini,”ujarnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya lagi, rakyat biasa terpaksa memikirkan soal bajet dalam perbelanjaan seharian, seperti melihat kos, membuat tawar-menawar sebelum keputusan dibuat.

“Mesti rakyat terfikir, kalau Menteri Kewangan ada sikap asas seperti rakyat marhaen sebelum membuat apa-apa pembelian, mengambil hutang dan membaca sebelum menandatangani sesuatu, masakan mungkin ada masalah 1MDB seperti hari ini?

“Yang penting, tabur janji, tabur kelulusan, asalkan ada rakyat yang percaya seperti adanya rakyat yang percaya 1MDB tidak bermasalah,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");