Jenayah

Sindiket Ops Bankers tumpas di Kelantan

KOTA BHARU: Polis menumpaskan sindiket Ops Bankers yang didalangi warga Indonesia selepas menahan lima ahlinya ketika melakukan rompakan bernilai RM150,000 terhadap seorang peniaga di Kampung Repek, Pasir Mas, pada 24 April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata ahli sindiket yang ditahan pada jam 1 tengah hari itu termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 36 tahun yang menetap di Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan mendapati mereka yang berasal dari Batam, Indonesia masuk secara haram melalui Stulang Laut, Johor sebelum berjumpa ketua sindiket di Kuala Lumpur untuk membahagikan negeri yang menjadi lokasi mereka melakukan rompakan.

“Suspek wanita akan masuk ke dalam bank menyamar sebagai pelanggan dan memantau pelanggan lain yang dikesan mengambil wang yang banyak sebelum memaklumkan kepada rakannya yang menunggu di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjadi saksi pada Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan daripada Senior Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah kepada Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Ahmad Taufek dinaikkan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner Timbalan Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, semua suspek direman selama dua minggu sehingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen 61 Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, lima suspek berjaya ditahan di Kampung Repek, Pasir Mas, selepas merompak seorang lelaki yang baru saja mengeluarkan wang tunai daripada sebuah bank di Pasir Mas.

Tiga suspek menaiki kereta PROTON Saga BLM dan dua menaiki motosikal 125z terbabas selepas dikejar mangsa dan penduduk kampung.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/149495

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");