Sukan Hari Ini

Skuad Penyu harap tuah SSINS

KUALA TERENGGANU: Skuad Penyu tidak ada pilihan selain menundukkan pasukan tercorot, Sarawak untuk keluar daripada zon bahaya dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), malam ini.

Pasukan bimbingan Mike Mulvey yang kini menghuni tangga kesembilan liga, hanya dibezakan tiga mata dengan skuad Ngap Sayot.

Kapten Terengganu, Ahmad Nordin Alias, mengakui kedudukan mereka kini masih belum memberi jaminan akan beraksi dalam Piala Malaysia dan hanya kemenangan ke atas Sarawak saja dapat menyelamatkan pasukannya.

Pemain tengah kelahiran Marang itu mengajak rakan sepasukan supaya melupakan terus empat kekalahan berturut-turut dialami mereka sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan malam ini.

“Saya akui pasukan tertekan dengan empat kekalahan yang dialami, tapi apa yang berlaku harus dijadikan pengajaran dan bekerja keras untuk mengubat derita.

“Jika tidak mahu mengambil laluan berliku, kita harus berjuang mencari kemenangan dan dalam masa sama tidak boleh memandang mudah keupayaan Sarawak sekalipun mereka kini menghuni tangga tercorot liga,” katanya.

Ahmad Nordin berkata, skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu juga memasang misi sama kerana masih berpeluang melayakkan diri dalam saingan Piala Malaysia, jika berjaya menang dalam dua baki terakhir perlawanan liga.

Katanya, komitmen dan disiplin tinggi mesti ditanam dalam setiap pemain demi memastikan pasukan tidak terus mengalami nasib malang dimalukan buat kali kelima.

“Selain itu, kita juga mengharapkan penyokong terus memberikan sokongan moral kepada pasukan. Kita faham penyokong kecewa dengan empat kekalahan lalu, tapi sebagai pemain, mereka juga tidak mahu perkara ini terjadi kepada pasukan,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/150172

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");