Jenayah

SPRM tahan inspektor, sarjan terima wang rasuah

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang anggota polis berpangkat sarjan di Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah (SPT) kelmarin.

Jurucakap SPRM berkata, selain mereka, seorang wanita turut ditahan kerana kesalahan menerima wang suapan bernilai kira-kira RM2,000.

Difahamkan, tangkapan itu dibuat selepas SPRM menerima aduan daripada pengadu yang mendakwa diminta wang oleh suspek bagi menyelesaikan kes curi motosikal.

Jurucakap SPRM berkata, anggota polis berpangkat sarjan dan wanita yang juga orang awam itu ditahan kelmarin pada jam 2.15 pagi di pekarangan tempat meletak kereta di hadapan sebuah kelab dangdut di Perda, SPT.

“Manakala inspektor berusia 30-an itu pula ditahan di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah kira-kira jam 4.05 petang kelmarin. Bagaimanapun, pegawai polis berkenaan difahamkan diberikan jaminan hari ini (semalam) selepas rakaman percakapannya selesai dibuat.

“Sarjan dan wanita berkenaan pula dilepaskan dengan ikat jamin SPRM semalam (kelmarin) setelah kenyataan mereka diambil. SPRM akan menyiasat kes itu dengan telus dan segera,” katanya.

Pengarah SPRM negeri, Datuk A Samarajoo ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“SPRM sangat menitik beratkan kesalahan rasuah di kalangan pihak berkuasa. Saya harap, mana-mana pihak mempunyai maklumat berhubung kesalahan rasuah tampil membuat aduan.

“Dengan penahanan ini, saya berharap ia memberi kesedaran kepada pihak lain dan SPRM berharap kegiatan rasuah di kalangan pihak berkuasa berkurangan dari masa ke semasa,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");