Sukan Hari Ini

Sturridge tinggalkan Reds?

PENYERANG sensasi Liverpool, Daniel Sturridge berkemungkinan akan meninggalkan kelab itu selepas kurang diberikan peluang untuk beraksi.

Menurut Sturridge, dia tidak gembira situasi itu dan meninggalkan kelab adalah pilihan terakhir.

“Memang ada sesuatu yang mahu saya capai bersama Liverpool. Tetapi untuk bersama kelab ini sehingga penghujung karier saya adalah tidak mungkin.

“Saya juga sudah jarang diturunkan bermain 90 minit dan perkara itu amat sukar bagi saya,” katanya.

Sturridge sebelum ini dibelenggu kecederaan yang memaksanya untuk berehat panjang.

Dia juga tidak diturunkan semasa The Reds kalah kepada Villarreal dalam separuh akhir pertama Piala Europa, kelmarin.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");