Panasnya Hari Ini

‘Suara Pembangkang Diperlukan, Tapi Jangan Ramai’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, suara pembangkang masih diperlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Ujarnya, sebagai sebuah negara yang demokratik, suara dari kedua-dua pihak perlulah seimbang di dalam DUN.

“Saya fikir sebagai sebuah negara demokratik, kita perlukan suara yang seimbang dalam DUN.

“Kami mahu melihat beberapa pembangkang dalam DUN Sarawak, tapi tak terlalu ramai,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual khas di Pusat Operasi PRN Sarawak Kumpulan Media Star, di Kuching, semalam.

Ujarnya, beliau juga yakin Barisan Nasional (BN) dapat dapat memenangi 66 kerusi dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

“Kami sangat yakin dengan 66 kerusi dan kami masih berusaha untuk mendapatkan lagi empat kerusi.

“Jadi saya fikir 70 kerusi adalah memadai bagi kami. jika dapat lebih, God sent to us,”ujarnya.

Terdahulu, pada pilihan raya 2011, BN menang di 55 kerusi daripada 71 kerusi DUN.

Bagaimanapun, selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu bertambah kepada 82 kerusi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, BN mampu untuk memenangi lebih banyak kerusi sekiranya pengundi Cina kembali mengundi BN.

“Saya fikir ia boleh dicapai jika pengundi Cina berubah dari pemikiran tradisional bahawa DAP mewakili kaum Cina.

“Oleh itu, apa yang kita perlu lakukan ialah cuba tangani isu yang dibawa oleh pembangkang,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");