Sukan Hari Ini

Sukar hadapi China: Frost

Kunshan, China: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen mengakui skuad Piala Uber negara tidak mempunyai ‘kudrat’ untuk menandingi China apabila kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan pertama Kumpulan A, hari ini.

Jelas Frost, jika Malaysia membariskan pemain terbaik sekalipun, masih belum cukup untuk pasukan negara mengatasi China yang sememangnya dikenali kuasa besar dunia.

“Tidak dinafikan China pasukan pilihan bagi memenangi saingan kali ini.

“Walaupun kami membariskan pemain terbaik, masih belum cukup untuk menewaskan China.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, perlawanan bertemu China diharap memberi pengalaman berguna buat setiap pemain,” katanya pada sidang media semalam.

Jelas Frost, adalah terlalu tinggi untuk mengharapkan skuad Piala Uber negara mampu mengejutkan China.

“Tapi sudah tentu saya mengharapkan setiap pemain memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan,” katanya.

Frost juga berkata, peluang untuk mara ke suku akhir masih cerah sekiranya Malaysia mampu menewaskan Denmark dan Sepanyol.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");