Sukan Hari Ini

Sukar tangguh

Kuala Lumpur: Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib berpandangan sukar untuk menangguhkan Sukan Olimpik di Rio de Janeiro walaupun timbul desakan terbaru berhubung virus Zika.

Media antarabangsa melaporkan sekumpulan 150 saintis, doktor serta pejuang etika perubatan antarabangsa menulis sepucuk surat terbuka kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta sukan itu ditangguhkan atau dipindahkan dari Rio de Janeiro.

Virus itu tersebar meneru
si nyamuk di Brazil setahun lalu yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran namun WHO bagaimanapun dilaporkan menolak gesaan itu.

“Pada saya, untuk menunda temasya Olimpik yang sudah lama dirancang sesuatu yang sukar. Kita perlu selidik kenyataan ini, mungkin ada isu sebaliknya yang kita tidak tahu.

“Saya berharap agensi terbabit melihat dengan teliti perkara ini. Kami di MOM melihat isu ini dengan serius,” kata Nazifuddin selepas menyaksikan Kejohanan Floorball Sekolah-Sekolah Malaysia semalam.

Malam kelmarin, Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata Malaysia akan mematuhi nasihat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan WHO berhubung isu virus Zika itu.

Malah beliau percaya Rio selamat untuk semua atlet dengan jawatankuasa penganjur sudah mengambil langkah menanganinya sebaik mungkin.

Olimpik 2016 dijadual berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil dari 5 hingga 21 Ogos.

Sementara itu Persatuan Floorball Malaysia (MFA) menaruh harapan rayuan mereka untuk mempertandingkan sukan itu pada Sukan SEA tahun depan mendapat keputusan positif.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");