Categories: Membawang Hari Ini

Syanie: Tak perlu ungkit apa berlaku

“TAHAP kesabaran ada batasnya,” luah pelakon Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 42, mengenai perceraiannya dengan Nadi Putera Mohd Zainol, 30, pada 23 Februari lalu.

Pelakon yang popular dengan filem Biar Betul dan Cinta Luar Biasa itu reda rumah tangga yang dibina tidak mampu bertahan, malah sedikit pun tidak nampak kesal di wajah, sebaliknya meneruskan kehidupan serta karier seperti biasa.

“Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri.

“Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya.

“Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui di Karnival Keusahawanan Melewar 2016 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, semalam.

Jelasnya, dia mengambil sikap berdiam diri mengenai kisah perceraian atas dasar hormat kepada bekas ibu mertua yang meminta agar kisah perkahwinannya tidak dihebohkan walaupun selama ini ramai pihak menuding jari menyalahkan dirinya.

“Sebab itulah saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’, yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami.

“Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan,” katanya.

Katanya, hubungannya dengan anak dan keluarga bekas mertua masih baik dan sehingga kini mereka masih berhubung.

Syanie turut berpesan kepada mereka yang tidak tahu menahu perkara sebenar mengenai rumahtangganya agar tidak sesuka hati membuat spekulasi tanpa usul periksa.

Terdahulu Syanie pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002.

Namun, selepas 12 tahun Syanie berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014.

Kata Syanie, dia tidak serik untuk berkahwin sekiranya bertemu jodoh pada masa akan datang, namun untuk mencari jodoh dia tidak pernah memikirkan hal itu lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Leave a Comment
Share

Recent Posts

Mengapa DNB Pilih Sweden Ericsson dan Bukan Vendor Malaysia Untuk Lancar 5G?

Media Malaysia mengkritik Digital Nasional Bhd (DNB) selaku syarikat kerajaan kerana memberikan Sweden Ericsson kontrak berjumlah…

3 months ago

ISMAIL SABRI, ANDA BUAT 5 PERKARA INI AGAR LEBIH LAMA PEGANG JAWATAN PM.

Kita semua tahu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal sama sekali. Tidak hairan lah beliau…

3 months ago

CEO DNB Penjenayah?

Mungkin kerajaan baharu boleh merungkai perkara ini, dan menjawab persoalan sejauh mana kebenaran yang mengatakan…

3 months ago

Terdesak perlukan dana untuk COVID19, Benarkah kaedah tender spektrum 5G sebenarnya merugikan negara?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan telah menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), bagi…

4 months ago

Massimo perkenal roti multigrain dengan barli

Pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium…

5 months ago

Pemandu Hilang, Treler Masuk Tasik

Gua Musang: Pemandu hilang selepas treler dipandunya terjunam ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan…

8 months ago