Panasnya Hari Ini

Tahniah Kepada 1.2 Juta Yang Mahu Najib Berundur

KUALA LUUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 1.2 juta rakyat Malaysia yang berani menandatangani Deklarasi Rakyat.

Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bertujuan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Saya percaya lebih ramai yang akan tampil berbuat demikian sebagai pernyataan komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah dan pecah amanah.

“Sekalung tahniah kepada pasukan petugas Deklarasi Rakyat yang bertungkus lumus mengumpul tandatangan di segenap pelusuk tanah air,”katanya menerusi Facebook beliau.

Terdahulu, Tun Mahathir mengesahkan sebanyak 1.27 juta tandatangan berjaya dikumpul menerusi Deklarasi Rakyat.

Ujar bekas Presiden UMNO itu lagi, sebanyak 1.07 juta tandatangan berjaya dikumpul menerusi atas talian manakala bakinya sebanyak 200,000 lagi dikumpul menerusi pengedaran borang secara fizikal.

Manakala sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.

Tun Mahathir turut dilaporkan berkata, beliau sendiri akan menyerahkan deklarasi tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");