Jenayah

Tak perasan ke lorong kanan

Port Dickson: “Ketika memandu, pandangan saya menjadi silau hingga tidak menyedari kereta memasuki lorong kanan lalu bergesel dengan sebuah lori dan akhirnya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga,” kata seorang lelaki ketika menceritakan detik cemas yang dilaluinya apabila terbabit dalam kemalangan di Batu 6, Jalan Seremban–Port Dickson, semalam.

Dia hanya mahu dikenali sebagai Nazarudin, 27, berkata, kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari ketika dia bersama tiga rakannya menaiki Honda Jazz dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

“Malam tadi (kelmarin), saya dan rakan berkhemah di Pantai Saujana, Batu 4. Pagi ini (semalam), kami bersiap-siap untuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur kerana salah seorang daripada kami bekerja petang ini (semalam).

“Mungkin disebabkan keletihan, pandangan saya menjadi silau. Ketika itu, tiga lagi rakan sedang tidur sebelum mereka terjaga sebaik kereta kami bergesel dengan lori.

“Kereta kami kemudian bertembung dengan kereta yang mengekori lori berkenaan,” katanya yang bekerja sebagai mekanik di Seri Kembangan, Selangor.

Nazarudin berkata, dia dan tiga lagi rakannya yang hanya cedera ringan segera keluar dan membantu warga emas yang mengalami pendarahan di kepalanya dipercayai terhantuk pada stereng.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson Deputi Superintendan Zainudin Ahmad mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa seorang wanita berusia 60-an dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");