Sukan Hari Ini

Tak rugi tak jadi bahas isu bola – Raja Ahmad

KUALA LUMPUR: Perbahasan membabitkan individu berkepentingan dalam bola sepak di negara ini yang tidak menjadi kenyataan, tidak merugikan mana-mana pihak, kata bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Raja Ahmad berkata, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan ketegangan yang berlaku selain mengelak sesi perdebatan itu menjadi medan untuk menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain.

“Tiada debat pun tidak mengapa kerana yang penting kita ada jalan yang boleh diambil untuk membantu meningkatkan kembali mutu bola sepak negara ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Beliau turut menyifatkan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengadakan pertemuan dengan FAM bagi mengemukakan rancangannya bagi meningkatkan mutu bola sepak negara sebagai satu langkah yang profesional dan efisien.

Sambil menyatakan FAM begitu bertuah kerana Khairy mengambil berat terhadap sukan bola sepak di negara ini, Raja Ahmad berkata badan induk bola sepak negara itu pastinya menarik nafas lega dengan pembatalan debat terbabit.

“Lebih bagus apabila berbincang dengan badan induk mengenai langkah yang boleh diambil supaya setiap rancangan dapat dibentangkan dengan jelas dan sampai kepada mereka yang mempunyai kedudukan untuk melaksanakannya,” katanya.

BH Sukan semalam melaporkan tiada perbahasan antara individu yang berkepentingan dalam bola sepak di negara ini, sebaliknya Khairy akan mengadakan pertemuan dengan FAM bagi mengemukakan perancangannya dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.

Pertemuan itu susulan daripada perbincangannya dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Rabu lalu.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");