Jenayah

Tak sempat makan besar

Shah Alam: Tangkapan lelaki bersama 600,000 pil eramin 5 di Telok Gong, 18 Mei lalu, membawa Polis Selangor kepada penemuan 600,000 pil lagi di gudang sekitar Pelabuhan Klang.

Serbuan dilalukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), kira-kira 2 petang, empat hari kemudian, selepas mendapat maklumat dari suspek berusia 30 tahun terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata hasil siasatan mendapati, ini adalah kali ketiga dadah berkenaan dibawa masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang.

“Kita turut mengenalpasti seorang lagi suspek berusia lingkungan 30-an yang mungkin mempunyai kaitan dengan sindiket ini dan masih sedang diburu.

‘”Jumlah nilai keseluruhan pil Eramin 5 yang dirampas kini adalah RM 18 juta dan ini adalah rampasan terbesar JSJN Selangor pada tahun ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");