Sukan Hari Ini

Tekad Mourinho

PENGURUS baharu Manchester United, Jose Mourinho berjanji akan mengembalikan kegemilangan kelab itu selepas menempuhi detik suram sepanjang dua tahun di bawah kendalian Louis van Gaal.

Pengendali dari Portugal itu juga memberitahu penyokong United, bahawa dia bersedia memadam memori pahit Van Gaal dan David Moyes selain ingin mengikut jejak langkah Sir Alex Ferguson.

Mourinho yang digelar ‘Special One’ mengikat kontrak selama tiga tahun dengan nilai £53 juta (RM317 juta) serta diberi pilihan untuk terus bersama kelab itu bagi tempoh sehingga 2020.

“Sekarang kita boleh melihat situasi kelab ini dengan dua perspektif yang berbeza. Yang pertama ialah tempoh tiga tahun lalu dan kedua, sejarah kelab ini.

“Saya memilih untuk melupakan tempoh tiga tahun terakhir dan fokus saya sekarang ialah kembali membawa kelab ini ke jalan kemenangan.

“Saya mahu menang. Bukan sekadar cakap kosong, tapi saya memang maksudkannya. Sekali lagi saya ulang, saya mahu menang,” katanya.

Mourinho sebelum ini pernah dipecat oleh Chelsea pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini dia pernah membimbing Porto, Inter Milan dan Real Madrid.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");