Perak Hari Ini

Teliti Punca Masalah Kolam Bukit Merah Secara Menyeluruh

BUKIT MERAH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, masalah yang berlaku di kolam tadahan Bukit Merah perlu dilihat secara menyeluruh.

Tegasnya, pencerobohan hutan tidak seharusnya dijadikan antara punca utama masalah yang berlaku di kolam buatan tersebut.

Ujarnya, kolam tadahan Bukit Merah antara kolam tadahan yang tertua di Malaysia iaitu lebih daripada 100 tahun dan pastinya ia memerlukan penjagaan yang lebih komprehensif.

PERAK TODAY 2

“Oleh yang demikian, kita dapat bayangkan dengan usia yang begitu lama, ia tentunya berlaku proses pemendapan yang begitu lama sekali. Namun ianya tidak bermakna kerajaan tidak melakukan apa-apa bagi mengatasi masalah tanah gambut yang perlu dicuci dari semasa ke semasa.

“Masalah yang berlaku di kolam Bukit Merah telah kita sebutkan berkali-kali. Ianya memerlukan penjagaan yang baik, bukan tertumpu kepada satu-satu masalah,”ujarnya.

Turut hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Roslan Ariffin, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali dan ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

PERAK TODAY 4

Tegas Zambry lagi, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur sekiranya berlaku pencerobohan hutan di kawasan tersebut atau mana-mana kawasan di negeri ini.

“Kalau betul ada masalah pencerobohan, kita akan ambil tindakan. Bukan nak kata kerajaan pejam mata. Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak apabila kes-kes pencerobohan yang mengganggu-gugat keadaan dan alam sekitar bagi satu-satu kawasan.

“Lihat dalam konteks kolam Bukit Merah ini sebagai kolam tadahan yang tertua dan memerlukan tindakan komprehensif dari pihak kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana ia menjadi sumber air kepada pesawah dan penggunaan domestik serta industri,”ujarnya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan, hari ini.

PERAK TODAY 3

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan berita bahawa aktiviti pencerobohan hutan di Pondok Tanjung, di sini merupakan antara punca kolam tadahan Bukit Merah menjadi cetek.

“Kolam tadahan Bukit Merah ini perlu sentiasa mempunyai kandungan air yang cukup untuk kita bekalkan kepada pesawah dan sumber air bagi kegunaan industri dan domestik. Sebab itu kolam tadahan ini perlu dijaga dengan elok,”katanya.

PERAK TODAY 7

Berikutan itu, beliau mengharapkan agar kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat menggunakan pendekatan yang lebih komprehensif bagi menyelamatkan dan memelihara kolam Bukit Merah.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan Persekutuan menerusi kementerian berkaitan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi membersihkan tanah gambut di kolam Bukit Merah.

Dalam masa yang sama, Zambry turut berkata, paras air di kolam Bukit Merah menunjukkan sedikit peningkatan daripada 19.9 kaki kepada 20.7 kaki dalam masa satu minggu.

“Kita mengharapkan paras air ini akan terus meningkat dan satu lagi, kita juga akan meneruskan pembenihan awan,”ujarnya.

PERAK TODAY 1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");