Jenayah

Tiga maut kemalangan di Sabak Bernam

TANJONG KARANG: Gurauan mahu ‘pulang terus’ rupa-rupanya menjadi kata-kata terakhir Muhammad Syafiq Hassan, 22, yang maut bersama dua rakannya di KM 3.2 Jalan Bernam pagi tadi.

Abang sulung mangsa, Amyrul Asraf Hassan, 25, berkata, adiknya ditemani dua rakannya, Mohd Mohyudin Mohd Subari, 50, dan Ahmad Mustakim Mohd Ngail, 37, dalam perjalanan pulang dari KLIA selepas menghantar seorang pekerja warganegara Indonesia.

“Saya tak sangka jadi begini…lagi teringat bila kata Shafiq yang mahu pulang terus ke kampung bila bulan puasa nanti..kata nak tolong emak buat kerepek kat kampung.

“Tak sangka katanya secara gurauan ‘balik kampung terus’ itu akhirnya menjadi tanda dia pergi buat selama-lamanya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");