Berita Hari Ini

Tingkatkan pemantauan harga barang semasa Ramadan

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan meningkatkan lagi penguatkuasaan dan pemantauan harga barang semasa bulan Ramadan nanti.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu melakukan pemantauan lebih menyeluruh di seluruh negara dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

“Selain itu KPDNKK juga perlu menentukan lebih banyak barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kesan kenaikan harga itu akan menambahkan lagi tekanan rakyat termasuk kalangan penjawat awam dan meminta penjawat awam supaya lebih berhemah berbelanja semasa Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

“Jangan cuba untuk berhutang, belanja kad kredit dan pinjam duit dengan ‘Along’ serta elakkan daripada mendapatkan khidmat (pinjaman wang) daripada pihak yang akan menyusahkan kita gara-gara nak ‘enjoy’ pada bulan puasa dan Hari Raya nanti.

“Cuepacs memberikan peringatan awal ini supaya jangan nanti selepas sahaja Hari Raya, timbul pula pelbagai isu seperti kurang fokus terhadap kerja kerana kehabisan wang dan memikirkan cara untuk melangsaikan hutang,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");