Perak Hari Ini

UMNO Kuala Kangsar Akan Pastikan Calon BN Menang Selesa

KUALA KANGSAR : Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohamad Kamil Shafie akan memastikan bahawa Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Ujarnya, meskipun belum mengetahui siapakah calon yang akan menggantikan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, pihaknya telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan bertanggungjawab bagi memberikan kemenangan kepada calon BN di Parlimen tersebut.

“Walau siapa pun yang dicalonkan, maka saya bagi pihak kepimpinan di peringkat Parlimen Kuala Kangsar bertanggungjawab dan ahli jawatankuasa yang lain akan memastikan kita mendapat majoriti yang lebih dari pilihan raya umum yang lalu.

“Kita juga akan memastikan kemenangan selesa untuk calon BN Kuala Kangsar dan juga keselesaan pentadbiran kepada warga Kuala Kangsar bagi meneruskan usaha arwah Wan Mohammad Khair-il Anuar,”ujarnya dalam satu sidang media, hari ini.

Terdahulu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan bahawa PRK bagi Parlimen Kuala Kangsar (P.067) dan Parlimen Sungai Besar (P.093) akan diadakan serentak pada 18 Jun 2016.

Mohd Hashim turut berkata, bagi tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 Jun 2016.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata terdapat beberapa khabar angin tentang calon-calon yang kononnya akan bertanding dalam PRK tersebut tetapi ujarnya, perkara tersebut adalah asam garam dunia politik.

“Bagi kami di Parlimen Kuala Kangsar, kami belum mengemukakan calon kerana kami lebih akur kepada pucuk pimpinan parti dibawah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Biarlah mereka yang menentukan calon yang sesuai di Parlimen Kuala Kangsar. Sudah pasti mereka telah menerima profil orang-orang tertentu dan kajian harus dibuat secara mendalam.

“Biarlah calon itu disukai oleh orang-orang di Kuala Kangsar dan juga calon yang boleh menang,”jelasnya.

Mohamad Kamil turut berkata, pihaknya akan bertemu dengan parti komponen BN yang lain dalam memastikan gerak kerja menghadapi PRK ini berjalan lancar.

“Persiapan awal berjalan dengan lancar dan semua pihak kini mengembleng usaha ke arah memberi kekuatan kepada semua kawasan dalam Kuala Kangsar.

“Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kita Cuma berdoa supaya kerusi ini kekal di tangan BN dan berdoa supaya kesinambungan pentadbiran dapat diteruskan,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");