Sukan Hari Ini

United kena tunggu

London: Rundingan mengenai hak imej menangguhkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United.

Difahamkan Chelsea masih memiliki namanya sebagai tanda dagangan dan mungkin boleh meminta bayaran pampasan enam angka daripada United sebelum sebarang perjanjian dimeterai.

Bagaimanapun, isu itu tidak akan menjejaskan pelantikannya di Old Trafford.

Mourinho dijangka dinamakan sebagai pengganti Louis van Gaal selepas pengendali Belanda berusia 64 tahun itu dipecat Isnin lalu sekalipun menjuarai Piala FA Inggeris.

Perjanjian untuk membawa Mourinho ke Old Trafford sebahagian besarnya lengkap namun rundingan antara ejennya Jorge Mendes dan pegawai United memasuki hari ketiga semalam.

Kelmarin, bekas bos Chelsea dan Real Madrid Mourinho, 53, memberitahu wartawan yang menunggu di rumahnya di London bahawa beliau mahu ke Portugal.

Chelsea mendaftarkan ‘Jose Mourinho’ dan tandatangannya sebagai tanda dagangan di Eropah pada 2005, bermakna mereka boleh menggunakannya untuk menjual pelbagai barangan seperti kelengkapan dandanan diri, teknologi, pakaian dan barang kemas.

Peguam sukan Carol Couse berkata, ia sesuatu yang ‘tidak lazim’ bagi seseorang individu tidak memiliki tanda dagangan nama mereka.

“Jika United mempunyai jenama pakaian Mourinho, ia akan melanggar tanda dagangan yang dimiliki Chelsea ketika ini,” jelas Carol dari syarikat guaman Mills & Reeve.

Carol menegaskan Mourinho berjaya menjadi pengurus Inter Milan dan Real Madrid sejak tanda dagangan itu didaftar, menyatakan kelab Itali dan Sepanyol itu berjaya menangani isu itu.

“Sama ada mereka mendapatkan hak dari Chelsea atau berjaya menggunakan namanya,” katanya.

Jika membayar lesen, Carol menganggarkan United perlu membayar beratus ribu pound namun menyatakan pelaburan itu mungkin berbaloi.

“Jika Chelea tidak memberikan lesen, setiap kali United menggunakan nama Jose Mourinho dengan kapasiti komersial, Chelsea boleh menyaman Manchester United,” jelasnya. “Saya fikir lebih baik United membayar lesen saja.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");