Jenayah

Wanita China diragut, rugi RM500

GEORGETOWN – Seorang wanita warga China kerugian RM500 apabila beg tangannya diragut di tepi jalan di Lorong Stewart di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, wanita berusia 24 tahun itu mengalami luka di siku, lutut dan bibir.

Menurutnya, ketika kejadian, wanita berkenaan sedang mengambil gambar di ‘street art’ kira-kira jam 8.20 malam kelmarin.

“Ketika mangsa sedang leka mengambil gambar seni lukisan di dinding, dia didatangi dua suspek menaiki motosikal. Pembonceng motosikal yang juga seorang wanita merentap beg tangan mangsa.

Mangsa yang terkejut masih memegang beg tangannya. Dia diseret suspek dan akhirnya mangsa terjatuh di jalan raya.

“Dia kemudian menjerit meminta tolong menyebabkan seorang lelaki yang menyedari kejadian itu terus mengejar suspek. Suspek wanita yang membonceng akhirnya berjaya ditarik lalu terjatuh dari motosikal di hadapan sebuah hotel di kawasan berdekatan. Bagaimanapun, suspek lelaki yang dipercayai teman lelaki suspek wanita berkenaan berjaya melarikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, suspek wanita itu diserahkan kepada polis untuk dijalankan siasatan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine namun tiada rekod jenayah lampau. Teman lelakinya sudah dikenal pasti dan polis sedang giat mengesannya.

“Semasa ditahan, tiada barang kes dijumpai pada suspek wanita berikutan beg tangan mangsa berjaya dibawa lari oleh teman lelakinya. Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat kes berkenaan dan mengatakan teman lelakinya menarik beg tangan mangsa.

“Kes ini dianggap selesai dan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");