Perak Hari Ini

Wanita UMNO Siap Siaga Hadapi Dua PRK

KUALA KANGSAR : Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau menyifatkan persiapan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kedua-dua kerusi Parlimen itu begitu rapi dan sistematik.

Ujarnya, walaupun tempoh berkempen bagi kedua-dua PRK itu akan diadakan pada bulan puasa, beliau mengharapkan jentera Wanita UMNO dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

“Walaupun kempen terpaksa diadakan semasa bulan Ramadhan, tapi kita Wanita UMNO menganggap kerja-kerja politik kita adalah satu kerja ibadah.

“Jadi saya minta, jentera Wanita menjalankan tugas dengan amanah, tertib. Kita menanggung satu amanah untuk membawa kepada kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,”ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis tahlil untuk mangsa nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu di mana Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon antara yang terkorban.

PERAKTODAY6

Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar merangkap pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohamad Kamil Shafie dan balu kepada Wan Khair-il Anuar, Datin Mastura Mohd Yazid serta anak-anak.

Shahrizat berkata, Pergerakan Wanita UMNO pusat hadir ke kedua-dua kerusi Parlimen itu untuk memberi kekuatan kepada jentera tempatan.

“Tetapi pada akhirnya, jentera tempatan sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar akan tentukan kemenangan.

“Saya nampak, Wanita UMNO sentiasa berada dalam keadaan siap siafa. Walaupun dalam bulan Ramadhan, tetapi komitmen kita tetap di satu tahap yang amat bersemangat sekali,”ujarnya.

PERAKTODAY5

Berkaitan dengan calon yang akan bertanding mewakili BN, Shahrizat berkata beliau percaya bahawa Presiden parti merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil keputusan yang terbaik.

“Paling mustahak ialan calon yang akan mewakili mestilah calon yang boleh membawa kemenangan.

“Kami akur pada keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan,”ujarnya.

Hari penamaan calon bagi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar ditetapkan pada 5 Jun 2016 manakala tarikh pengundian adalah pada 18 Jun 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");