Perak Hari Ini

‘Warga bersifat robot jika kekuatan rohaniah tidak disemai’ – Sultan Perak

TAIPING: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah negara akan melahirkan warga bersifat robot yang berfungsi secara mekanikal jika komponen membina kekuatan rohaniah tidak disemai sejak mereka berada di bangku sekolah.

PERAK TODAY 4

Titah baginda, kekuatan dalaman adalah benteng utama untuk mencegah manusia daripada mudah dipengaruhi oleh nafsu.

“Kekuatan rohaniah akan melindungi manusia daripada bersifat tamak dan bersifat haloba.

“Kekuatan dalaman dan kekuatan rohani akan menghindar manusia daripada melakukan perkara yang melanggar prinsip kemanusiaan, bercanggah dengan undang-undang dan bertentangan dengan ajaran agama,” titah baginda.

PERAK TODAY 6

Baginda bertitah demikian pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di SM Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas) di sini, hari ini.

Pada majlis itu juga, Sultan Nazrin berkenaan untuk menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Guru Perak kepada bekas guru Datuk Abdul Khalid Mohd Nasir, 72, yang juga merupakan bekas Exco Hal Ehwal Pertanian bagi tempoh 1982 hingga 1988.

PERAK TODAY 2

Titah baginda, sejak tahun 1979 lagi, Jawatankuasa Kabinet telah merumuskan bahawa perakuan yang menekankan pentingnya aspek pembentukan nilai diberikan tumpuan dalam sistem pendidikan.

“Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menegaskan, di samping meneliti kemampuan sistem pendidikan melahirkan rakyat yang bersatu padu, terlatih dan berdisiplin, pendidikan akhlak wajib diberikan keutamaan.

“Laporan tersebut menggambarkan bahawa matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan tercapai jika tidak berlandaskan nilai luhur dan murni,” titah baginda.

PERAK TODAY 3

Baginda bertitah lagi, meskipun Laporan Jawatankuasa Kabinet itu telah tiga puluh tujuh tahun berlalu yang mana terdapat pelbagai penemuan baru selain Pelan Pembangunan Pendidikan terkini diperkenalkan, aspek-aspek berkaitan nilai murni tidak harus dipinggirkan;

“Malah dalam menghadapi cabaran dunia semasa yang semakin dikaburi oleh pengaruh materialisme dan demi menjamin masa hadapan negara yang gemilang, aspek nilai murni ini jangan sama sekali terlepas daripada perhatian hingga dipinggirkan,” titah baginda.

PERAK TODAY 10

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");