Berita Hari Ini

Wasatiyyah pendekatan terbaik banteras keganasan – MB Perak

IPOH: Konsep wasatiyyah yang bersifat holistik, berkemungkinan adalah pendekatan terbaik untuk memerangi keganasan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, langkah mengamalkan kembali paradigma wasatiyyah yang berakar umbi dalam tradisi Islam amat tepat pada masanya serta membawa kesegaran kepada rohani kerana ia mampu mengembalikan keadilan serta kesederhanaan daripada cengkaman pelbagai bentuk ekstremisme.

Kata beliau, hari ini, pendekatan wasatiyyah mendapat tempat di hati ahli akademik, pemimpin dan pembuat dasar di dunia Islam.

“Perkataan wasatiyyah juga disebut di anjung kuasa di bandar raya dan ibu kota negara Eropah, Amerika Syarikat dan Asia,” katanya. Zambry berkata demikian pada Siri Ceramah Intelektual bertajuk ‘Memerangi Ekstremisme Melalui Kesederhanaan Islam (Wasatiyyah)’ di St Anthony’s College, University of Oxford pada Rabu. Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama.

Untuk meneroka lebih jauh tentang konsep wasatiyyah, Zambry mencadangkan agar diadakan satu inisiatif penyelidikan bersama antara Pusat Pengajian Asia, Oxford University, St. Anthony’s College dan Institut Antarabangsa Wasatiyyah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Dengan cara ini, saya berharap ia akan membuka jalan ke arah mencapai penyelesaian bagi menamatkan tindak balas dalam sesuatu konflik bersenjata dan mewujudkan pengantara bagi menimbang rasional antara pihak penceroboh dan pihak yang terkilan,” katanya.

Mengenai pergerakan wasatiyyah Malaysia, Zambry berkata, oleh kerana ia tidak kebal daripada pengaruh pelampau ekonomi, Malaysia mengamalkan wasatiyyah holistik yang lahir daripada keunikan tradisi Islam serta diwarisi daripada budaya Melayu.

“Sebenarnya, secara jujur, bolehlah dikatakan bahawa Malaysia moden hari ini dibina dengan berasaskan prinsip kesederhanaan itu sendiri.

“Malaysia memilih integrasi, bukan asimilasi. Malaysia menerima kepelbagaian. Kami bukan sahaja bertolak ansur antara satu sama lain, malah, kami juga menerima dan meraikan kepelbagaian,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");