Sukan Hari Ini

Wei Feng tiada tekanan

Kuala Lumpur: Beraksi buat kali pertama sebagai pemain profesional langsung tidak memberi sebarang tekanan buat Chong Wei Feng yang menempah slot ke separuh akhir Sirkit Kebangsaan Pertama semalam.

Wei Feng yang diletakkan sebagai pilihan ketiga menumpaskan Lim Chi Wing 21-13, 21-12 pada aksi suku akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Menurut pemain kelahiran Kedah itu, walaupun keadaan angin sedikit kuat di stadium berkenaan, dia berjaya mengatasi Chi Wing berdasarkan pengalaman dimilikinya.

“Ini kejohanan pertama saya sebagai pemain profesional dan permulaan baru karier. Malah, jurulatih (Kuan Beng Hong) juga baru.

“Saya mahu terus bermain dalam tempoh setahun dua lagi dan memperbaiki ranking sekarang (58). Fokus utama mendapatkan keputusan baik di kejohanan bertaraf Grand Prix (GP) Emas, GP dan Cabaran Antarabangsa,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Dia yang bernaung di bawah Kelab Badminton Klang City (Klang City BC) bakal berentap dengan seorang lagi bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Liew Daren dalam aksi separuh akhir hari ini.

Daren mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pilihan kedua, Goh Soon Huat 21-18, 21-12.

Sementara itu, pilihan utama, Zulfadli Zulkiffli tidak berdepan masalah menumpaskan Tan Chun Seang 21-12, 21-11 dan akan menentang Goh Giap Chin di separuh akhir hari ini.

Giap Chin cemerlang apabila menundukkan Arif Latif 21-19, 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung 33 minit.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");