Membawang Hari Ini

Zamani mahu ke Makkah

Kuala Lumpur: Selepas beberapa episod hitam membabitkan kehidupan dan kerjaya seninya, penyanyi Zamani berhasrat untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini.

Zamani, 45, berkata, dia gembira kerana mendapat peluang kedua dan diterima baik peminat dan masyarakat selepas didapati bersalah atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah tahun lalu.

??Saya pun sudah berusia 45 tahun dan masih belum dapat ke Makkah sama ada untuk mengerjakan umrah atau ibadah haji. Sekiranya diizinkan Allah SWT, saya bercadang untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini. Diharapkan semua pihak mendoakan agar ia menjadi kenyataan, katanya kepada Harian Metro.

Zamani berkata, dia juga bercadang untuk membawa bersama abang dan kakaknya mengerjakan umrah nanti.

??Saya nak menghargai mereka yang banyak bersusah-payah untuk saya. Sekiranya ada rezeki lebih, saya juga berhajat nak buat upah umrah untuk arwah ibu dan bapa saya, katanya.

Menurut Zamani, dia sudah merancang untuk mengerjakan umrah selepas menerima rawatan di rumah Pengasih sebelum ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut berhasrat mendirikan rumah tangga dan meminta peminat mendoakan supaya dia bertemu jodoh secepat mungkin.

??Bohonglah kalau saya kata tidak teringin untuk berkahwin. Cuma, calon isteri perlu menerima saya seadanya. Saya minta peminat mendoakan saya bertemu jodoh dan terus sukses dalam karier, katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");