Membawang Hari Ini

Zizan mahu lebih banyak watak serius

KUALA LUMPUR: Masih segar daripada aksinya sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) minggu lalu, Zizan Razak terus diburu penerbit yang mahu menyerlahkan sisi berbeza dirinya.

Enggan terus ‘diikat’ dengan watak kelakar atau pelawak, Zizan mahu membuktikan keupayaan menghidupkan watak serius.

“Saya cuba tidak membataskan bakat dengan sisi komedi saja. Tidak kira, baik dalam projek lakonan atau mengacara, saya boleh jadi serius.

“Selalunya, orang akan fikir, kalau pelawak, selama-lamanya dia melawak. Tak semestinya kalau pelawak, mereka tidak boleh boleh serius.

“Saya percaya ruang perlu dibuka untuk pelawak seperti kami,” katanya yang berganding dengan AG, Haiza dan Mira Filzah ketika mengendalikan ABPBH 29. Zizan memberi contoh senario yang dihadapi pelakon wanita bertudung.

“Sama seperti pelakon wanita bertudung kononnya mereka alami kekurangan tawaran kerja. Tapi sekarang kita lihat, pelakon bertudung mula diberi peranan utama dan mendapat rating tinggi… Ia suatu perkembangan positif,” katanya.

Terbaharu, telefilem Angin Cinta yang disiarkan Astro First Eksklusif (480) mulai 30 April lalu menampakkan sisi serius Zizan.

Sebelum ini, filem Polis Evo yang dibintangi Zizan berjaya menampilkan sisi berbeza dirinya. Tidak lama lagi, Zizan akan membintangi telefilem bercorak Islamik terbitan Astro Oasis.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");