Jenayah

3 maut, 1 parah kemalangan 5 kereta

SEREMBAN: Tiga orang maut manakala seorang cedera parah, dalam kemalangan membabitkan lima kereta di Jalan Rantau-Sungai Gadut, berhampiran Rumah Rakyat Ulu Rantau di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mereka yang maut adalah pemandu PERODUA Kancil, R Periasamy, 55, dan dua penumpang Honda Accord iaitu R Yakesh, 21, dan Y Kamalraj, 21, manakala yang cedera parah adalah penumpang kereta sama iaitu L Ruben, 21.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata kejadian dipercayai berpunca apabila kereta Honda Accord dipandu seorang lelaki hilang kawalan, lalu merempuh PERODUA Kancil dari arah bertentangan.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan Honda Accord berpusing beberapa kali sebelum merempuh PROTON Gen 2 dan Waja serta Honda City yang diletakkan di bahu jalan.

“Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada tiga pemandu kereta yang meletakkan kereta di bahu jalan kerana mereka menziarahi rakan yang meninggal dunia.

“Bagaimanapun, pemandu Honda Accord masih gagal dikesan kerana dipercayai melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, semua mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168412?m=1

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");