Perak Hari Ini

40,000 Paket Makanan Untuk Projek Sahabat Orang Asli

IPOH: Seramai 200 kakitangan di Sunway City Ipoh telah berkumpul untuk membungkus 40,000 paket makanan bagi diedarkan kepada golongan memerlukan.

Antara yang terlibat adalah kakitangan Lost World of Tambun (hotel dan taman tema), ‘The Banjaran Hotsprings Retreat’, Kolej Sunway Ipoh dan Kumpulan Keselamatan dan Pembahagian Hartanah Sunway City Ipoh.

Paket-paket makanan tersebut yang diisi dengan beras, sayuran kering, kacang dal, serta vitamin akan diedarkan kepada penduduk di perkampungan Orang Asli menerusi Projek Sahabat Orang Asli yang mana projek berkenaan bertujuan mendekati komuniti tersebut.

PERAK TODAY 3

Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Park, Calvin Ho berkata, program tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sunway di bawah projek CARE iaitu untuk mendekati dan membantu golongan yang tidak berkemampuan di negara ini.

Jelasnya, ia telah memasuki tahun ketiga yang mana pada tahun 2014 dan 2015, pihaknya telah membungkus masing-masing sebanyak 20,000 dan 25,000 paket makanan untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.

PERAK TODAY 5

“Pada tahun ini ada peningkatan yang mana sebanyak 40,000 paket makanan telah berjaya dibungkus oleh seramai 200 kakitangan Sunway City Ipoh.

“Paket makanan ini akan diedarkan ke tujuh perkampungan Orang Asli iaitu di Kampung Sekam di Tapah, Kampung Sinju di Simpang Pulai, Kampung Air Bah Lawin, Kampung Sungai Karah, Pos Kemar di Gerik, Pos Kuala dan juga Pos Yum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program ‘Light of Hope: Stop Hunger Now’ di Hotel Sunway Lost World of Tambun, dekat Ipoh, pada Isnin.

PERAK TODAY 4

Ujarnya, pada tahun ini terdapat kelainan berikutan kakitangan Sunway telah menyumbangkan wang untuk menyediakan makanan tersebut.

“Para kakitangan Sunway sendiri telah menyumbang sebanyak RM10,000 pada tahun ini yang mana ia bersamaan dengan 10,000 paket makanan,” katanya lagi.

Beliau juga berharap agar program tersebut dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");