Jenayah

5,153 ‘mesin judi’ bernilai RM5j dilupus

Pelabuhan Klang: Sejumlah 5,153 set komputer dan komputer riba yang dijadikan ‘mesin’ judi dilupuskan Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara dengan menggunakan jengkaut di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di sini, semalam.

Semua set bernilai RM5 juta itu adalah hasil rampasan menerusi Op Dadu yang dijalankan IPD berkenaan sepanjang tempoh bermula 2012 sehingga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 922 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (ARJT) dan 376 daripadanya sudah diselesaikan.

“Walaupun notis mengikut Seksyen 16A (3) akta itu sudah dikeluarkan, tiada sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak. Kami mengalami masalah berikutan tempat simpanan barang rampasan amat terhad dan memohon kebenaran untuk melupuskan barang kes itu.

“Ia adalah proses pelupusan kedua selepas 5,175 set dilupuskan pada 2014 membabitkan 403 kertas siasatan,” katanya ketika ditemui di balai polis itu.

Menurut beliau, kebenaran pelupusan mesin judi itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 16A (2) ARJT 1953.

Kata Mohd Yusoff, pemantauan berterusan akan dilakukan pihaknya bagi memastikan sindiket perjudian itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");