Berita Hari Ini

6,000 unit RMMJ bakal dibina

GELANG PATAH – Sebanyak 6,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dijangka bakal dibina di kawasan Parlimen Gelang Patah bagi memberi peluang golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malek berkata, ia melibatkan lokasi strategik seperti berhampiran dengan Pekan Gelang Patah, selain berhampiran laluan utama dan bukan di kawasan pinggiran atau pedalaman.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,000 unit RMMJ bakal dibina oleh pemaju hartanah terkemuka UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) di kawasan Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri melibatkan jenis strata dan teres.

“Umno Bahagian Gelang Patah juga akan memantau perkembangan pembinaan RMMJ di Parlimen ini bagi memastikan pemaju menepati apa yang dijanjikan.

“Pembinaan projek ini melibatkan pelbagai syarikat pemaju termasuk UEM Sunrise yang sebelum ini telah membina RMMJ di Bayu Nusantara dan Denai Nusantara berharga RM42,000, RM80,000 serta RM150,000.

“Kita juga telah dimaklumkan UEM Sunrise sendiri akan membina antara 3,000 hingga 4,000 unit RMMJ termasuk di kawasan Gerbang Nusajaya yang dijangka bermula awal tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sumbangan Wang Zakat Kepada Asnaf Fakir dan Miskin Masjid An Nur, Kampung Pok, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Projek Wilayah Selatan UEM Sunrise, Zamri Yusof.

Mohammad Khairi berkata, pihaknya berharap dengan adanya tawaran RMMJ di kawasan Parlimen Gelang Patah dapat memberi peluang khususnya golongan muda membeli kediaman sendiri.

“Kita amat berharap golongan muda khususnya dapat merasai limpahan daripada projek di kawasan pembangunan sekitar Iskandar Puteri, bukan sekadar menjadi penonton.

“Harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada harga pasaran,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");