Jenayah

Ahli Geng Ahmadi Balakong dicekup

Sepang: Lebih 15 kes pecah rumah dan samun diselesaikan menerusi penangkapan tiga anggota Geng Ahmadi Balakong, semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek warga Indonesia berusia antara 30 hingga 34 tahun itu diberkas berasingan di Cheras dan Balakong.

Beliau berkata, pihaknya masih memburu seorang lagi anggota geng berkenaan yang dipercayai sudah pulang ke Indonesia empat hari lalu untuk menyambut Aidilfitri.

“Siasatan awal mendapati, suspek dikesan terbabit aktiviti berkenaan sejak awal tahun ini terutama di daerah Sepang, Senawang, Kajang dan Subang Jaya,” katanya pada sidan media di sini, hari ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bermula semalam sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");