Sukan Hari Ini

Albania masih berpeluang

Penjaga gol Albania, Etrit Berisha (kanan) beraksi cemerlang sebelum tewas pada minit ke-90 dan m-96 masa tambahan.

PENGENDALI Albania, Gianni De Biasi percaya pasukannya masih berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati Euro 2016 walaupun gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan Kumpulan A, sebelum ini.

Selepas kalah 0-1 pada aksi menentang Switzerland, Albania terus malang apabila tewas 0-2 kepada Perancis, awal pagi semalam.

Albania akan berdepan Romania, Ahad ini dan perlu mengutip sebanyak mungkin mata bagi memastikan tempat ke pusingan kalah mati.

“Ya, kami mampu menundukkan Romania untuk layak.

“Saya fikir, jika kita mampu menjaringkan gol, maka kita boleh mendapatkan tiga mata sekali gus membawa Albania ke pusingan kalah mati.

“Kita telah tunjuk Albania pasukan yang bagus, jadi kita masih berpeluang,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");