Membawang Hari Ini

Album CLC dibuang

Baru hendak melancarkan album, nampaknya rombakan baru terpaksa dibuat Cube Entertainment terhadap rancangan asal untuk CLC.

Padahal, album mini keempat berjudul Nu.Clear berkenaan siap dicetak dan hanya tinggal untuk dipasarkan.

“Kami sudah buang semua album dicetak berkenaan. Ia satu keputusan yang sangat sukar, namun bagi kami, kualiti adalah keutamaan demi peminat,” kata wakil agensi berkenaan.

Album berkenaan sepatutnya dilancarkan kelmarin, namun pada saat-saat akhir mereka mengambil keputusan berisiko itu.

Beberapa lagu masih perlu diberi perubahan daripada segi susunan demi memastikan kualitinya berada di tahap terbaik. Penerbit album berkenaan sendiri membuat permintaan itu kepada Cube.

“Kami mahu memohon maaf kepada peminat yang sudah membuat pra-tempah album berkenaan. Kami harap anda faham,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");