Perak Hari Ini

Amanah Jangan Jadi Seperti ‘Ayam Makan Musang’

KUALA KANGSAR: “Orang pembangkang ajak orang PAS keluar itu pelik ia disebut sebagai ayam makan musang bukan musang makan ayam.. kalau musang makan ayam itu bukan berita tapi kalau ayam makan musang itu berita,

Begitu sindiran sinis oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad apabila diminta mengulas kenyataan parti Amanah Negara (AMANAH) yang dikatakan menggesa penyokong dan ahli PAS memberikan sokongan terhadap parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Ujar Idris, PAS sentiasa bersedia untuk ‘berkawan’ dengan sesiapa sahaja demi kepentingan Islam dan kelangsungan parti itu berikutan pegangan pejuangan yang dipegang selama ini.

Mengulas mengenai dakwaan Pengerusi AMANAH, Mohamad Sabu bahawa PAS tidak mampu untuk ‘sendiri’, jelas Idris PAS telah sekian lama wujud dan sehingga kini masih mampu meneruskan perjuangan berlandaskan prinsipnya yang jelas.

“Pas suruh berumur 64 tahun PAS pernah tinggal satu kerusi di Parlimen, pada tahun 1978 Terengganu tidak memiliki kerusi Kelantan juga PAS pernah memerintah 18 tahun manakala pada tahun 1978 hanya tinggal dua kerusi.. bagaimanapun PAS masih di sini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa PAS juga mampu menggantikan parti pemerintah iaitu UMNO.

“Masa depan UMNO  buat generasi muda orang tidak lagi.. mereka tidak memilihnya dan kini mengharapkan PAS sebagai payung kepada agama dan orang Melayu.

“Realiti politik Malaysia pertama kita perlu meraikan Malaysia memiliki masyarakat majmuk, teras kedua iaitu orang Melayu Islam dan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Kelantan adalah contoh terbaik apabila semua pihak hidup dengan aman..sama-sama bina kefahaman pastinya tiada masalah dan inginkan kesejahteraan,” katanya lanjut.

Beliau yang juga selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan bahawa asas petubuhan parti itu adalah ingin melawan UMNO malah sama sekali enggan melawan Amanah serta akan terus menarik sokongan ahli UMNO untuk menyokong PAS.

“Heran juga Amanah marah mengenai Undang-undang RUU pelik lihat mereka tidak setuju.. malah tidak timbul isu kerajaan membawa usul itu kerana PAS membawa dan memperjuangkan perkara itu telah lama,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");