Panasnya Hari Ini

AMANAH Sedia Pertimbang Penyertaan Tun M, Tetapi Bersyarat

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia untuk menerima bekas pemimpin UMNO sama ada yang dipecat atau keluar parti, termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi bersyarat.

Naib Presiden AMANAH, Hasanuddin Mohammad Yunus berkata, pihaknya sedia memberi ruang termasuklah kepada bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir serta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“AMANAH bukan hanya sekadar boleh terima dan pertimbangkan permohonan keahlian daripada Muhyiddin, Mukhriz, malah Tun Mahathir dan Datuk Mahfuz Omar sendiri ke dalam AMANAH dengan syarat mereka memahami falsafah perjuangan parti kita.

“Kami nak bina negara yang dirahmati dan memberi kesejahteraan kepada semua, bina suasana kasih sayang sesama rakyat Malaysia, membina kehidupan yang murni serta mengelakkan rakyat hidup berpura-pura dan curiga-mencurigai dari segi perkauman.

“Kita juga nak membanteras bagaimana negara diurus dalam keadaan pecah amanah, rasuah ketirisan, pembaziran, pembohongan dan menyusahkan rakyat. Kalau mereka memahami falsafah yang ada dalam AMANAH ini, bila-bila sahaja kami bersedia untuk memproses keahlian mereka,”katanya, lapor Sinar Harian.

Walaubagaimanapun, beliau berkata, sekiranya pemimpin tersebut masih belum bersedia bersama AMANAH, setidak-tidaknya mereka bersedia untuk bekerjasama dengan AMANAH dalam Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara.

“Memahami di mana mereka ini lebih menekuni isu dalam negara sebab mereka pernah berada dalam saf kepimpinan negara. Mereka tahu apa yang berlaku dan mereka sendiri bercita-cita untuk selamatkan dan membaiki negara. Jadi, tidak ada sebab untuk parti AMANAH tidak bersama dengan mereka.

“Apa yang penting, kami dapat memanfaatkan mana-mana rakyat Malaysia bukan empat orang ini sahaja. Malah teman-teman daripada ahli UMNO, PAS, MCA, MIC, PBB di Sabah Sarawak dan sebagainya.

“Sekiranya mereka merasa parti mereka sudah tidak jelas lagi, keliru dengan hala tuju parti mereka, mereka boleh beramai-ramai bersama dengan kami,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");