Sukan Hari Ini

Aparecido tahu rahsia Kim Swee

PEMAIN tengah Timor Leste, Junior Aparecido percaya pengalaman beraksi dalam saingan Liga Super akan dimanfaatkan sepenuhnya apabila mereka berdepan Harimau Malaysia, malam ini.

Aparecido yang juga pemain import Sarawak untuk musim ini berkata, dia mengetahui kelemahan Malaysia yang mana perkara itu bukan lagi satu rahsia.

Tambah pemain kelahiran Brazil ini, situasi itu memberi mereka keyakinan kepada mereka untuk menundukkan skuad Datuk Ong Kim Swee.

“Saya tahu bagaimana Malaysia akan bermain, bagaimana permainan bola sepak di Malaysia.

“Pemain Timor Leste juga tahu aksi pemain Malaysia kerana tahun lalu kami pernah beraksi menentang mereka dalam dua perlawanan.

“Jadi, kami memiliki keyakinan untuk berhadapan dengan Malaysia,” kata perancang utama itu.

Dalam pada itu, pengendali Timor Leste, Fabio Maciel, melontarkan keyakinan untuk melakar kejutan ke atas Harimau Malaysia.

Bagi jurulatih berusia 39 tahun ini, pasukannya tidak dibebani tekanan meraih kejayaan berbanding tuan rumah.

Malah katanya, moral pemain Timor Leste juga di tahap terbaik untuk menangani lawan kali ini.

“Sama seperti kali terakhir ketika kami bertemu mereka (Malaysia) dalam Kelayakan Piala Dunia di mana kami mencatatkan keputusan seri 1-1 di Kuala Lumpur.

“Malaysia mempunyai tradisi dalam bola sepak, tekanan di pihak Malaysia adalah normal.

“Kami cuba menerapkan permainan baik, Timor Leste berkembang sedikit demi sedikit, tahun demi tahun untuk mencapai keputusan yang baik di masa akan datang,” tegasnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");