Membawang Hari Ini

Ayda difitnah kaki bodek

Kadangkala manusia ni tidak boleh tengok manusia lain senang. Ada saja cerita dan spekulasi timbul. Kalau benda baik tidak mengapalah, tapi kalau benda tak betul, tak pasal-pasal jatuh hukum fitnah!

Macam dilalui teman Cik Pang baru-baru ini, seorang artis tempatan menjaja cerita dengan mendakwa Ayda Jebat sejenis kaki bodek.

Ia gara-gara Ayda didakwa sering dilihat bersama-sama penerbit popular, Datuk Rafina. Tidak setakat keluar bersama, malah dia dikatakan sering naik kapal terbang menemani penerbit itu ke destinasi dalam dan luar negara.

Ayda juga didakwa sering mengikut Datuk Rafina ke mesyuarat bersama stesen TV dan bebas bersuara melontarkan idea termasuk pilihan pelakon yang dimahukan.

Biarpun pelbagai dakwaan dilontarkan kepada Ayda, teman Cik Pang yang kebetulan rapat dengan pelakon itu ada menjelaskan hubungan Ayda dan Datuk Rafina ibarat hubungan kakak adik.

Malah Ayda sebenarnya berhubung baik dengan semua pihak dalam industri sebab dia sangat menghargai kerjaya seni ini jangka masa panjang.

Andai tidak dijaga hubungan baik dengan semua pihak, sama ada antara pelakon, pengarah mahupun produser, rasanya tempoh hayat dalam industri pun tak panjang. Betul tak?

Buat Ayda, sabarlah dik, biasalah dunia hiburan ini memang susah nak lari daripada tohmahan dan cakap-cakap belakang. Yang penting, teruskan usaha untuk memajukan industri hiburan, ya!

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");