Membawang Hari Ini

Aznil kurangkan beban

Keprihatinan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi, 54, membantu kanak-kanak memerlukan wajar diberi pujian. Apatah lagi sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, sedikit sebanyak ia membantu mengurangkan beban keluarga mereka.

Pada masa sama, aktiviti membawa kanak-kanak itu berbelanja kelengkapan raya tentu saja dapat menceriakan lagi pagi raya mereka. Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, berkata, program yang kali kedua diadakan itu akhirnya berjaya membuka mata banyak pihak berkenaan kewujudan kanak-kanak dan remaja di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur itu.

“Selepas kali pertama ia diadakan pada Ramadan tahun lalu, saya melihat banyak perubahan dalam diri anak-anak ini. Jika dulu mereka kurang yakin berjumpa orang lain, sekarang sudah berani bersuara dan menjawab persoalan yang diajukan.

“Mungkin disebabkan kehidupan mereka yang tidak terurus membuatkan mereka berasa tersisih. Justeru, saya berharap program ini dapat diteruskan dan menarik minat pihak lain untuk bekerjasama,” katanya.

Aznil berkata, kanak-kanak dari sekolah itu wajar untuk terus diberi bantuan yang selayaknya sama seperti kanak-kanak lain. Jangan menjadikan kehidupan dan persekitaran mereka sebagai alasan untuk tidak menghulurkan bantuan terhadap mereka.

Terdahulu Aznil membawa 180 kanak-kanak dan remaja dari sekolah itu berbelanja kelengkapan menyambut Aidilfitri di sebuah pasar raya terkemuka. Kanak-kanak dan remaja berusia lima sehingga 18 tahun itu diberi peruntukan sebanyak RM250 setiap seorang.

“Kerjasama daripada pihak pasar raya itu tidak terhenti setakat itu saja kerana mereka bercadang memberi bantuan berupa barangan keperluan harian di sekolah.

“Selepas ini, saya merancang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri sekali lagi buat mereka. Seperti tahun lalu saya bersama Persatuan Alumni Sekolah Princes Road School (PRS) iaitu nama lama sekolah itu me­ngumpul duit untuk menjayakan majlis terbabit.

“Jadi untuk tahun ini saya mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang sudi bekerjasama dengan kami,” katanya.

Selain itu, Aznil juga merancang untuk membawa mereka melawat menara berkembar Petronas, Petrosains dan me­ngetengahkan bakat yang ada dalam diri mereka.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");