Perak Hari Ini

Bagan Datoh 2016 International Merdeka Mountain Bike Challenge 28 Ogos Ini

IPOH : Perak Mountain Bike Cycling Club akan menganjurkan Bagan Datoh 2016 International Merdeka Mountain Bike Challenge pada 28 Ogos ini.

Penganjuran program itu turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri, JKKK Bagan Datoh dan beberapa lagi agensi kerajaan yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia yang juga ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, kejohanan ini mensasarkan seramai 1,500 peserta dari dalam dan luar negara.

“Kejohanan ini mensasarkan seramai 1,500 orang peserta dari dalam dan luar negara yang akan membanjiri Bagan Datoh bagi merebut wang tunai berjumlah RM25,000 dan beberapa lagi hadiah cabutan bertuah seperti motorsikal, basikal (mountain bike), peralatan aksesori dan barangan eletrik.

“Kejohanan ini mengalu-alukan penyertaan dari semua peserta di Malaysia dan negara-negara luar dengan yuran yang rendah,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Terdapat empat kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka, Kateogri Wanita, Kategori Veteran dan Kategori Junior.

PERAK TODAY 1

Johan bagi Kategori Terbuka akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, Kategori Wanita (Johan RM3,000), Kategori Veteran (Johan RM3,000) dan Kategori Junior (Johan RM1,000).

Yuran penyertaan bagi Kategori Elit, Wanita dan Veteran ialah RM80 manakala bagi Kategori Junior adalah sebanyak RM50.

Setiap peserta yang menyertai kejohanan ini akan menerima medal finisher serta baju kejohanan.

Orang ramai yang ingin menyertai kejohanan ini atau mengetahui dengan lebih lanjut, boleh layari blog dan Facebook kejohanan [email protected] atau trerus menghubungi pejabat Pengerusi Belia Sukan dan Sumber Manusia , 05-253 1957 (ext 5008) atau Pejabat ADUN Rungkup di talian 05-646 6881.

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai-pegawai kejohanan di talian 011 18587210 (Shaari Siraj), 019 575 7192 (Cikgu Mat(, 017 501 3677 (Eboy), 019 600 6668 (Ibrahim) dan 016 512 5949 (Husin).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");