Berita Hari Ini

Balik kampung ikut giliran

Petaling Jaya: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada cuti perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 20 peratus daripada 1.3 juta kenderaan pada hari biasa.

“Jangkaan trafik tinggi di lebuh raya bermula 2 dan 3 Julai ini, diikuti pada 5 hingga 7 Julai iaitu waktu puncak pengguna keluar dari Lembah Klang.

“Bagi perjalanan balik ke Lembah Klang dijangkakan trafik sesak pada 9 dan 10 Julai,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi.

Noorizah berkata, bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selesa, PLUS mengatur pelbagai strategi termasuk penyediaan Jadual Cadangan Waktu Puncak Perjalanan (TTA) yang baru.

Menurut beliau, TTA yang diguna pakai sejak 2008 tidak membantu menyuraikan trafik apabila tidak sampai 60 peratus pengguna mengikut jadual itu menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya, malah pengguna terpaksa mengambil masa lama sampai ke destinasi.

“Kali ini kami memperkenalkan TTA berdasarkan lokasi dituju yang mana bagi perjalanan jauh, pengguna perlu keluar awal contohnya ke Kedah dan Perlis, orang ramai kena keluar antara 6 pagi hingga 10 pagi.

“Manakala bagi perjalanan dekat seperti Perak dan Melaka pengguna boleh keluar selepas jam 11 pagi atau 5 petang.

“Konsep baru ini mengagihkan trafik supaya tidak bertembung ketika berada di lebuh raya,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan statistik TTA sejak 2008 sehingga tahun lalu berlaku penurunan terhadap pematuhan TTA bagi kedua-dua perjalanan sama ada ke kampung atau Lembah Klang dengan purata pengguna mematuhi TTA kurang 60 peratus.

“Pada tahun lalu, hanya 42 peratus patuh TTA ketika pulang ke kampung, manakala 21 peratus saja ketika pulang ke Lembah Klang.

“Pematuhan kurang daripada 60 peratus dianggap tidak berjaya untuk mengurangkan masalah trafik di lebuh raya,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800-88-0000, papan tanda elektronik serta siaran radio utama negara.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");