Isu Panas

‘Bayangan Mukhriz tak berasas’

KOTA BHARU – Bayangan yang dibuat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan ‘nasib’ Kedah yang akan bertukar tangan kepada Pas tidak lama lagi adalah tidak berasas.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, ini kerana dengan apa yang dipamerkan kini, Pas nyata tidak mampu untuk menandingi BN yang masih kuat dan semakin utuh.

“Pas berdepan cabaran dan saingan dengan Parti Amanah Negara (Amanah). Buktinya ketika di PRK kawsan Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Separuh undi mereka ke Amanah,” katanya, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Mukhriz yang membayangkan rakyat Kedah perlu bersedia untuk menyerahkan kerajaan sekarang kepada Pas kerana menyifatkan wujud pakatan antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, walaupun pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Mukhriz agak besar dan mengejutkan, namun ia tidak akan mendatangkan kesan yang panjang kepada Umno.

Beliau yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, kemungkinan besar kedua-dua pemimpin tersebut akan menyertai gerakan yang diketuai Tun Mahathir Mohamed untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walau apa pun, Umno setakat ini masih bersatu dan sokong pimpinan (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tiada siapa pun mahu kerajaan jatuh kepada pembangkang. Jadi jika ada yang dipecat, itu mungkin akan masuk parti lain, tetapi tidak mungkin tubuh parti lain,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");